Tuesday, January 26, 2010

past is past

buat pertama kalinya satu entri sudah saya pdm.

ya.
mulut saya agak bisa kdg kdg.

maaf.
yg ikhlas.

perihal budak baru di kolej saya

di bwh ramai anjing.
saya benci anjing.
td ditemani budak gemuk pergi beli nasik bungkus di belakang.
empunya kdai itu kwn saya sndri,walaupun bkn kawan satu bantal kongsi air liur basi.
dan kami sebaya walau dia sudah ada laki dan kini sarat mengandung 7 bulan.

dari dia,saya tahu serba sedikit kisahnya di kdai belakang dua mlm lepas.
perihal lakinya tidak sengaja terlanggar kucing owner kdai runcit.
bukan.
bukan mau cerita psal kemalangan itu,walaupun saya percaya kucing itu telah diambil nyawa sebelum dirempuh kereta si laki kwn saya ini.
saya mau cerita perihal sesetengah budak baru *perempuan khususnya* di kolej saya ini.

sedia,
mula.

minah ini *mari namakan dia lahanat* menurut informer yg sgt boleh dipercayai,kononnya sgt langsi dan tidak hormat org lain.

waktu kemalangan langgar kucing tu berlaku,dia kononnya menjadi saksi,dan yg paling bising membebel beranggapan laki kwn saya ini tak mau tanggungjawab.
simple,dia anggap ini kes langgar lari.
saya rasa ; kalau kau kasihan melihat kucing tu telah terkulai,apa kata kau tutup mulut kau dan tanamkan saja. action speaks way much louder than words. nsb aku tiada di situ,kalau tak aku sound tepek saja. drpd membebel mcm taik baik kau bertindak,buduh.

dia tidak hormat kawan saya itu yg lebih tua dari dia. terjah kdai org ckp kurang ajar lepas tu salam mcm nak tak nak.
saya rasa ; tlg hormat org lain sebelum mau dihormat. kami senior tidak pernah minta kau hormat kami 24/7 tapi cukuplah kalau kau sedar kau masih baru dan masih byk perkara di kolej ni yg kau tak tau. mana tau kau 'tersalah sergah org'. mkn diri nnti.

dan ini paling kelakar,

lahanat berkata "tiada siapa di kolej ni boleh kacau dia kerana dia kenal hmpir semua org di kolej ni"
saya rasa ; nak tergelak. seryes. HAHAHAHAHAHAHAHAA! aku yg sudah hmpir 2 tahun terperap di sini pun belum tentu kenal penghuni 1 block hostel aku. kau yg tidak sampai setahun sudah kenal hmpir 1 kolej. HEBAT! ok ok. kau rasa kau hebat kerana kau kenal beberapa 'org kuat' di kolej ini maka kau arrogan,kau hebahkan kau sudah 100% dilindungi. bodoh. kau ingat mereka akan sntiasa jaga kau 24/7? otak lembu la kalau kau pikir begitu.

wahai adik manis bernama lahanat,
kau masih baru di kolej ni. tak sampai setahun lg. nama aku pun kau tidak semat dlm otak lg walau kau mencebik tgk muka aku dan kau juga selalu main mata dgn laki aku. kolej ini kejam sebenarnya. dan org org di dlmnya belum tntu manusia. kau jd perhatian sbb kau masih baru. sama mcm aku dulu. tp bila mereka jemu,bye bye u. tlg buang perangai ungka kau tu kalau kau tak nak aku ludah straight ke muka kau. mulut aku lg berbisa walaupun aku bodoh nmpk diam. dan oh ya,tlg sapu ketepi perangai gangster kampung kau tu. sila membesar dgn matang ya. 

Friday, January 22, 2010

intipati cermin diri

'blog kau lifeless la sekarang'

terima kasih teman.
memang sudah lama tidak 'jual diri' dlm blog.
aku bingung.
apa mau cerita?
sememangnya hidup aku agak lifeless.
gelak.

ada sorg lg teman kata blog aku penuh emosi.
dari sini dia dpt baca derita aku,bahgia aku.
dan dari sini juga dia dpt baca sikap aku yg sgt gedik ber-emo ini.
ya mat. aku keras hati ya.
stay mental.
eh.
metal.
gelak lg.

mungkin blog aku sudah jd kanvas kepada pelukis yg gila.
segala emosi dlm diri jiwa dilakar di sini.
aku tidak phm bagaimana followers aku tahan baca tulisan picisan aku.
tp terima kasih.
kerana kalian peduli.
ada juga yg senyap senyap baca.
terima kasih juga.
senyum.

ya,aku patut keras hati.
derita gila gila pun takde guna.
sakit bdn sakit otak saja.

keras hati.
bukan bunuh hati.
mati nnti.

Thursday, January 14, 2010

sujudku pun tidak dapat menghapuskan segala khilafku

entah mengapa,saat ini aku sperti ada di dua dunia.

dunia pertama.
terasa ingin cabut nyawa sendiri.
dan telah mencuba cabut nyawa sndri.
ya.
Allah marah.
Dia dah panggil aku.
nafas aku berat dan aku tersangat sejuk.
sangat.

dunia kedua.
aku kuatkan langkah longlai.
ku harapkan ketenangan. 
dengan ikhlas aku sujud ke hadapan-Nya.
tikar sejadah usang kaler kuning jd saksi.
Allah mendengar.
saat itu juga aku diberi nikmat.
dia terima aku kembali.

pagi itu.
jd petunjuk.
bahawa Allah itu selalu ada.
utk kita semua.

alhamdulillah.

Sunday, January 10, 2010

kebarangkalian sudah lupa semua

aku sudah agak tenang skrg,
seryes.
sudah mampu ukir senyum bkn pura pura.
gelak juga sudah kuat.
gud gud.


kekasih,kwan2 dan scandal2;
terima kasih.
yg tak terhingga.

Friday, January 8, 2010

titik tanda wujudnya waktu emo dlm hati saya

terlampau byk silap salahku.
pd kawan kawan khususnya.
entah mengapa hari ini aku begitu emo.
duduk sendiri.
mkn sendiri.
lepak sendiri.
pdhal ada yg mengajak.

aku menung,smbil mkn nasik lemak td.
rmai kwn aku yg 'seakan hilangkan diri'
kemana sudah tak ajak aku lg.
aku sedar semua itu.
pendam saja.
dasar aku.

sejujurnya aku mau saja tebal muka minta maaf.
tp aku tak terdaya.
aku takut hilang mereka.
seryes takut gile.

------------------------------------------------------------------------------

kawan kawan,
saya mau sgt mintak maaf. tp saya takut. saya takut hilang kawan lg. saya benci hidup sorg walau saya selalu sorg sorg. saya juga malu mau bersemuka mintak maaf. seganas ganas saya,saya masih lemah. td air mata saya jatuh lihat gambar kalian. saya terlalu sayang kalian. saya bodoh buat byk salah. saya bodoh kerana tak tau hargai kawan.
kawan kawan,
saya mau mintak maaf. tp mcmana..

*berakhir di sini*

Friday, January 1, 2010

selamat tahun baru



selamat datang 2010.
rasa mcm kelakar je kita smbut dengan meriah kedatangan tahun yg semakin hmpir dgn 'judgement day'
*sengih*

*lokasi gambar : dataran ipoh. kredit gmba utk kawanku ed*