Saturday, August 14, 2010

abandonment -

kawan atau sahabat? dulu sahabat sekarang kawan. masalah dah tak reti share dengan aku,share dgn hot stuff tak siap tu je. smpai skrg aku tgu kamu kamu cerita masalah dgn aku, dah cecah berapa bulan dah. setahu aku,aku seorang je yg tercicir lagi. isu semasa pasal korg,aku seorg je yang tak tahu menahu.


yela.
aku tak penting kan.


who am i talking about?


semua orang la!


aku mau korg yg lama.
even korg ada depan mata aku sekarang,
aku rasa mcm kena campak dlm loji taik.


seryes-ly.

Sunday, August 8, 2010

bukan empunya -

cukuplah sekali.


aku sekat seorang seorang itu atas dasar 'dia aku punya'.
sedangkan aku dan dia hanyalah biasa biasa sahaja.


cukuplah.

Thursday, August 5, 2010

maka aku jijik dengan diri sendiri


di detik saat aku rasa bagai dalam agoni,
aku amat rindukan ketenangan.

aku lg rela jiwa kosong penuh kelodak daripada hadap jiwa yg penuh kelibut.
semak.

aku sudah tidak dapat lg rasakan euphoria yg dulu slalu aku biarkan.
bibir aku sudah kaget sampaikan senyuman.
mata aku sudah semakin hilang cahaya yg tidak sesinar mana.

kini,
hnyalah seorang aku yg mana hari hari biasanya dihabiskan dengan kosong.
seorang aku yang membiarkan topeng melekat di muka menutup ketidak keruan diri.
seorang aku yang membiarkan muzik di dlm hati kian sunyi.
dan seorang aku yg kini hitung masa utk jiwanya mati.

tulang belulang dirasakan berkecai
tersepah-sepah dan memelanting
seperti usus jantung peparu
berberai-cerai ditiup seruling

maka bagaimana mau aku ketemu ketenangan yg aku cari?

aku sudah mencari di celahan selimut tebal
sudah juga dicari di setiap kepulan asap kelabu
apa perlu aku bertapa di gua gua,
semata utk merasakan hati aku masih ada?

atau perlukah aku hamparkan sejadah usang kuning itu,
kerana aku tahu Tuhan selalu ada?

aku kini,
dan diri aku,
hanyalah
secebis kertas,
yg tunggu masa
untuk
diremuk-remukan.

dan maka aku rasa jijik dgn diri sendiri.