Thursday, August 5, 2010

maka aku jijik dengan diri sendiri


di detik saat aku rasa bagai dalam agoni,
aku amat rindukan ketenangan.

aku lg rela jiwa kosong penuh kelodak daripada hadap jiwa yg penuh kelibut.
semak.

aku sudah tidak dapat lg rasakan euphoria yg dulu slalu aku biarkan.
bibir aku sudah kaget sampaikan senyuman.
mata aku sudah semakin hilang cahaya yg tidak sesinar mana.

kini,
hnyalah seorang aku yg mana hari hari biasanya dihabiskan dengan kosong.
seorang aku yang membiarkan topeng melekat di muka menutup ketidak keruan diri.
seorang aku yang membiarkan muzik di dlm hati kian sunyi.
dan seorang aku yg kini hitung masa utk jiwanya mati.

tulang belulang dirasakan berkecai
tersepah-sepah dan memelanting
seperti usus jantung peparu
berberai-cerai ditiup seruling

maka bagaimana mau aku ketemu ketenangan yg aku cari?

aku sudah mencari di celahan selimut tebal
sudah juga dicari di setiap kepulan asap kelabu
apa perlu aku bertapa di gua gua,
semata utk merasakan hati aku masih ada?

atau perlukah aku hamparkan sejadah usang kuning itu,
kerana aku tahu Tuhan selalu ada?

aku kini,
dan diri aku,
hanyalah
secebis kertas,
yg tunggu masa
untuk
diremuk-remukan.

dan maka aku rasa jijik dgn diri sendiri.

5 comments:

EDL said...

Tuhan selalu ada :)

Anonymous said...

rasanya ketenangan itu terlalu subjektifkan?
hidup dalam kepompong atau tempurung lebih mudah. mungkin.
ketenangan terasa terlalu jauh untuk dikecam.
biar.
biar mengesot ketenangan itu sendiri.
kalu diri bagai kertas tidak perlu remuk.
lipat pelan-pelan.
jadi kapal terbang kertas.
hembus rasa kosong.
dan
campak jauh-jauh.
biar angin tiup.

p/s: aku percaya tuhan selalu ada untuk orang baik macam kau.

kokaina said...

dhe killer; ya. sgt percaya yg itu =)

anon; who r u anyway? kau semacam ngerti hati aku. dan rasanya kertas tu agak kaget dilipat sbb aku mau ketenangan itu sekarang. aku tak mau dia tercampak jauh hingga tersimpang di mana-mana. ya,aku percaya tuhan slalu ada wlaupun aku bknlah semulia mana.

Anonymous said...

kita dekat tapi jauh.

kalu kapal terbang kertas bukan pilihan.

kita cuba jadi layang-layang.

aku pernah cuba. (^_^)

kokaina said...

anon,dekat tp jauh? gosh. siapa? mau tau!