Thursday, September 16, 2010

kuroi namida -

gelap di luar.
dan aku masih esot esot atas katil.
kipas hanya bkuasa satu.
tp sejuknya hnya Tuhan yg tahu.

seakan sayu.
dan lagu anna tsuchiya itu buat aku makin layu.
setan punya lagu.
padam padam padam!

esot dan esot lagi.
fikir dan fikir lagi.
layu dan layu lagi.
lagi,
dan lagi.

beberapa perkara berjaya buatkan aku hilang selera utk memenuhi nafsu tidur. dan dasarnya seorang aku ini,aku tidak akan bjaya tutup mata sampaikan jawapan ada tersedia. kasihan sang pendengar yg terpaksa mendengar cela tangis jiwang aku yg mungkin mampu bikin hati jadi tidak releven.

kekadang aku risau,sgt risau,mahu menceritakan mahu aku pada siapa-siapa. orang yg tak keruan,kalau buka mulut,yang keluarnya lebih byk karut dan carut. setiap butir ayat ini akan diingat,tapi yang buruklah yang akan terpampang dulu.

dan menurut dia,aku tidaklah sepandai mana dlm berbicara.
tp hanya pandai dlm mengeruhkan suasana.

pedih.
tapi aku sedia terima.

oh ya.
berbalik kepada perkara yg buatkan aku makin layu,
aku serba serbi tidak keruan kemana dan bagaimana harus aku adukan.
mungkin aku hnya perlu diam dan tunggu dia pulang.
namun aku pada peribadinya tidak sabar mahu melayangkan semua masalah yang ada.
dan menunggu bukan option terbaik bg aku.

tapi aku kini,
masih bersila kaki,
kejap atas dan kejap beralih ke bwh.
hakikatnya,
aku masih tunggu.

mungkin aku mahu buang aku yang lama;
yang bodoh dan emo.

mungkin.

dan sekarang,
saat ini,
aku masih menunggu.
dan pabila dia pulang,
aku mahu gosok-gosokkan kepala aku di perutnya.
mcm dulu.

No comments: